Oleh Yow Hong Chieh
KUALA LUMPUR, 5 Feb — Utusan
Malaysia hari ini menyifatkan kesediaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan pemimpin
veteran PAS itu tidak memahami realiti bahawa dirinya sudah uzur.
Mengambil contoh umur Nik Aziz, akhbar milik Umno itu mendakwa
pemimpin berusia 80-an itu masih “ghairah untuk berkuasa” walaupun sudah
memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.
Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz (gambar) masih
mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat
kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang
tidak lagi tajam,” kata akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat.
“Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan
beliau...