Derma Kilat

Isnin, 6 Februari 2012

PANAS !!!! Nik Aziz tidak sedar keadaan diri sendiri

Oleh Yow Hong Chieh


KUALA LUMPUR, 5 Feb — Utusan Malaysia hari ini menyifatkan kesediaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan pemimpin veteran PAS itu tidak memahami realiti bahawa dirinya sudah uzur.
Mengambil contoh umur Nik Aziz, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin berusia 80-an itu masih “ghairah untuk berkuasa” walaupun sudah memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.
Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz (gambar) masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam,” kata akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat.
“Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah.”
Akhbar itu juga mengatakan walaupun perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad — pemimpin yang dikritik Nik Aziz kerana terlalu lama berkuasa — tahu untuk berundur walaupun masih ramai yang memerlukan kepimpinannya.
“Jika Dr. Mahathir yang tidak dikaitkan dengan imej ulama mempunyai keyakinan untuk berundur dan tidak selamanya mahu bergayut pada jawatan, mengapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian?
Utusan Malaysia juga mempersoalkan jika Nik Aziz tidak yakin terhadap generasi baru dalam PAS dan ditanya jika penggantinya merupakan seorang yang “buruk” dan “dungu” untuk memegang jawatan menteri besar Kelantan.
“Sesungguhnya Awang kasihankan Nik Aziz, beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa,” katanya.
Kelmarin Nik Aziz yang mula bertanding sejak pilihan raya 1967 mengumumkan beliau akan menyertai pilihan raya umum ke-13, menolak desakan Umno agar berundur.
Pemimpin berusia 81 tahun ini popular di peringkat negeri dan kebangsaan di mana dianggap membawa imej parti Islam dan jenama Islam.
Umno mengarahkan menteri  Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menawan semula Kelantam yang tewas kepada PAS sejak pilihan raya umum 1990.
Kedua-dua parti Melayu itu memulakan kempen yang agresif demi memenangi pilihan raya akan datang.

Sumber Utusan Malaysia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ex-change Blog

Jom Sertai Kami
KakiBLOGGER
Image Hosted by ImageShack.us
Putera Melaka adiWidget Tutorial Blogspot
http://pugah-puguh.blogspot.com/"> Pugah-puguh.blogspot.com
AWAS ADA BOY

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes