Derma Kilat

Isnin, 3 September 2012

PANAS!!! Jumpa Pocong Tepi Semak


3 Orang Bangla Jumpa Pocong Tepi Semak

ALOR GAJAH: Penemuan sekujur ‘mayat’ berbalut kain putih yang terdampar di tepi semak berdekatan jalan di Paya Mengkuang-Kuala Sungai Baru, di sini, mencetuskan suasana gempar terutama bagi tiga sahabat yang sedang memotong rumput di kawasan berkenaan, semalam.

Kejadian disedari jam 11.45 pagi oleh warga Bangladesh dikenali sebagai Mohd Rufiq, 20, bersama dua lagi rakan senegaranya yang sedang berehat di bawah pokok, 10 meter dari tempat kejadian.

Menurut Rufiq, dia yang terkejut melihat bungkusan kain putih berupa ‘pocong’ itu pada awalnya menyangka ia mayat dikafankan dan dibuang ke dalam sungai oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Saya menghampiri bungkusan putih yang kelihatan berdarah dan masih baru dan tidak lama kemudian seorang penyelia sebuah ladang berhampiran tiba di tempat ‘mayat’ itu ditemui,” katanya.

Dia berkata, curiga dengan bungkusan putih itu, mereka menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Pada mulanya, saya mahu membuka ikatan bungkusan itu, tetapi membatalkan niat berkenaan kerana mendapati ada beberapa tompokan seperti darah,” katanya.

Kata Rufiq, dia lega apabila hasil pemeriksaan polis mendapati bungkusan putih itu bukan mayat manusia.

“Bungkusan yang diikat kemas itu turut mengandungi bunga-bungaan serta limau nipis yang dipotong dan dibalut dalam sehelai kain batik serta diikat menyerupai mayat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak negeri, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, ia satu amalan syirik yang masih diguna pakai pihak tertentu.

“Segelintir penganut agama di negara ini berpendapat ia satu ritual menghalau hantu dan membuang sial yang lebih sinonim di kalangan masyarakat Melayu,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Sumber

4 September 2012.... MAsyuk LAgi....

Alhamdulilah.....

Hari ini 9 September 2012...
SAP VENTURE III
saya 
MAsyuk LAgi...
kali ini
RM 7.00 sahaja....

setakat Jam 1.02 Petang

x Sabar nak 
tunggu 
Petang nanti..

Harap-harap berganda la
huhhuh

ni Screen Shot

pengeluaran untuk hari ini.....memang terbaik ar SAP ni... sapa2 yang x join tuh rugi beb!!!!.. klik ja mana-mana link dibawah:...

http://rm30.ibct.my/1087
http://rm30.ibct.my/1086
http://rm30.ibct.my/839

Sedutan Siri komedi Citizen Khan didakwa hina Islam



Stesen televisyen BBC dikecam oleh ramai selepas menyiarkan sebuah siri komedi "Citizen Khan" mengenai keluarga Islam yang didakwa menghina Islam.

Dipetik daripada Mynewshub, siri pertama siri komedi ini disiarkan, BBC telah menerima 200 aduan yang menyifatkan sebagai menghina dan memalukan umat Islam.

Salah satu babak yang membangkitkan kemarahan umat Islam adalah apabila anak perempuan Mr Khan yang bermekap tebal, tiba-tiba berlari ke bilik dan memakai tudung sambil berpura-pura membaca Al-Quran, ketika bapanya masuk rumah.

Siri komedi yang diarahkan Adil Ray itu menerima dikritik kerana banyak mengulangi adegan sterotaip melibatkan keluarga Islam di Britain termasuk masalah ketika mengatur perkahwinan.

Sementara itu, BBC menerusi jurucakapnya memberitahu bahawa watak dalam siri tersebut hanyalah rekaan sebagai watak komedi dan tidak mewakili mana-mana masyarakat.

Rozita Che Wan bakal bernikah November ini?


Pelbagai spekulasi mengenai kisah percintaan dramatis, Rozita Che Wan ini yang tidak pernah putus. Kini pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Cik Ta dikatakan bakal mengakhiri zaman jandanya pada November ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Cik Ta telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri di Johor Baharu.

Mereka dikatakan telah lama berkenalan namun baru-baru ini dia menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga setelah merasakan ahli perniagaan tersebut atau dikenali dengan nama Bob adalah calon yang paling sesuai.

Sebelum ini, ramai pihak mengaitkan Cik Ta mempunyai hubungan istimewa bersama Shahir AF, Zain Saidin, Dato K dan juga Beego namun ternyata dakwaan tersebut adalah rekaan semata-mata dan tidak benar.


PANAS!!!! Sultan Selangor persoal Org Kuat Selangor Sebab jemput Anwar


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.

Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar (gambar) tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.
"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar  yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam  bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.

"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam.

Tambah Najib, Sultan adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan.

Namun tindakan PR itu adalah bukti kepada banyak perkara yang cuba diubah dan dilakukan PR, namun tidak berjaya disebabkan Putrajaya masih lagi di bawah penguasaan BN.
"Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati," katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Munawi untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
"Sejak 2007 program merayakan ambang Merdeka bukan melalui Pejabat Menteri Besar, tapi Pejabat SUK," kata Khalid.

Beliau turut menjelaskan terdapat satu jawatan dalam Pejabat Menteri Besar yang diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan untuk melaksanakan program berkenaan.

"Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang Kemerdekaan ini dilaksanakan pegawai kerajaan yang sudah melakukan perkara itu sejak beberapa tahun lalu.

"Saya sudah empat tahun merayakan Kemerdekaan dan semuanya dilakukan pejabat SUK, saya tidak nampak perbezaan yang berlaku ... Penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK," katanya.

Tambah Khalid, beliau juga akan berjumpa Sultan Sharafuddin setiap Rabu, dan akan bercakap berkenaan perkara berbangkit berkenaan Rabu ini dengan baginda.

Kerajaan PR Selangor telah menerima tekanan daripada pemimpin BN kerana dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda dalam sambutan ambang Kemerdekaan di Shah Alam pada malam Khamis lalu.

Pakwe ADELE.... Hensem x? jum Layan!!!


Penyanyi popular, Adele dikatakan sudah berkahwin selepas dilihat memakai sebentuk cincin di jarinya.

Seperti yang dilaporkan majalah Life & Style, penyanyi kelahiran British itu dilihat sangat gembira bersama kekasihnya Konecki, yang mana mereka dilihat keluar membeli belah dan makan bersama. "Dia kelihatan amat gembira dan ianya jelas dapat dilihat pada wajah ibu mengandung itu," kata sumber.



Pelantun yang popular dengan lagu "Set Fire To The Rain" itu juga dikatakan memakai sebentuk cincin di jarinya, dimana sebelum ini terdapat laporan yang menyiarkan Konecki sedang mencari cincin yang sesuai untuk teman wanitanya itu.

Sementara itu, terdapat satu sumber yang memberitahu bahawa dia sendiri telah menghadiri majlis perkahwinan kedua-dua selebriti itu pada bulan Julai yang lalu.





Tahniah ye Akak ADELE....

Anwar pertahan pengibaran bendera Sang Saka Malaya

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan beberapa pemuda yang mengibarkan Sang Saka Malaya dan bukan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, semasa malam ambang Kemerdekaan baru-baru ini.

Ketua umum PKR berpendapat bahawa Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara.
Pemimpin dari Barisan Nasional (BN) telah menuduh Pakatan Rakyat (PR) cuba untuk menukar bendera kebangsaan, di mana PR menafikan.

“Sang Saka (Malaya), mengikut interpretasi anak muda, haruslah diperkenalkan kerana ini juga salah satu bendera yang diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa,” kata Anwar kepada wartawan.

“Apa salahnya generasi muda mengetahui tentang sejarah, tentang Sang Saka?”
Dia juga berkata bendera Umno juga nama asalnya ialah Sang Saka Bangsa.

Seorang blogger telah mengaku mengibarkan bendera “alternatif” di Dataran Merdeka pada Khamis lalu, tetapi berkata mahu memperkenalkan kepada awam tentang sejarah negara.

Bersambung.....

FITNAH: Shila Amzah perjelas isu persenda hijab


Selepas dicemuh kerana dikatakan mempersendakan hijab berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya, penyanyi dan pelakon, Shila Amzah tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.
"Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen tv dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, walaupun dirinya ditimpa pelbagai kontroversi, dia tetap menjaga karier nyanyiannya, dan baru-baru ini dia telah mengambil keputusan untuk mengaktifkan kembali akaun Twitternya selepas menutup laman sosialnya sejak seminggu lalu.
"Banyak respon saya terima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat pula. Ada yang suka dan ada juga tidak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter saya," kata pelantun "Patah Seribu".
Dalam perkembangan lain, Shila bakal menyertai pertandingan Asian Wave di kota Shanghai pada 18 September nanti.
"Pada 31 Ogos (hari ini) ini saya akan berangkat ke sana selama seminggu. Jika saya berjaya melepasi peringkat saringan, saya akan berentap sekali lagi pada 18 September nanti.
"Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai," katanya.

DOUBLE Pengeluaran 3 SEPTEMBER 2012

Salam...
ALhamdulilah.....
hari ini 
3 SEPTEMBER 2012
aku dah pohon pengeluaran 
DOUBLE...
walaupun x banyak 
tapi alhamdulilah....

Screen Shot 
untuk hari ini
-
-
-
-
-
 
Double pengeluaran untuk hari ini.....memang terbaik ar SAP ni... sapa2 yang x join tuh rugi beb!!!!.. klik ja mana-mana link dibawah:...

http://rm30.ibct.my/1087
http://rm30.ibct.my/1086
http://rm30.ibct.my/839


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ex-change Blog

Jom Sertai Kami
KakiBLOGGER
Image Hosted by ImageShack.us
Putera Melaka adiWidget Tutorial Blogspot
http://pugah-puguh.blogspot.com/"> Pugah-puguh.blogspot.com
AWAS ADA BOY

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes