Radio CTFM - Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza
telah beroperasi sejak 15 Jun 2009, CTFM mempunyai ramai pengikut setia yang mendengar siaran kami sepanjang 24 jam, 365 hari setiap tahun.
Diantara laman sosial milik kami adalah Facebook, Twitter dan Youtube. Siti Nurhaliza juga tahu tentang kewujudan radio ini dan menyokong perjalanan radio CTFM ini.
CTFM kerap kali menjadi radio rasmi bagi mengundi Siti Nurhaliza, sebagai contoh adalah Anugerah Bintang Popular Berita Harian & Anugerah Planet Muzik.
Oleh kerana CTFM tidak mempunyai DJ sepenuh masa, nisbah % siaran CTFM adalah 90% dalam keadaan auto dj mode dan 10% menerusi siaran langsung.
BAGAIMANA IA MULA?
Pada awal permulaan radio ini, nama asal sebenar radio CTFM adalah Webcast HDSN yang bermaksud Webcast Hajah Dato Siti Nurhaliza. Ia ditukar kepada CTFM kerana sebutannya ringkas dan ia kena dengan Siti Nurhaliza.
Pada awal Februari 2010, Tagline 'Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza' diperkenalkan bagi menguatkan lagi 'tiang' CTFM. Tagline ini amat sesuai digunakan kerana CTFM hanya memutarkan lagu dari Siti Nurhaliza sahaja.
CTFM juga mempunyai ramai pengikut setia. CTFM juga sentiasa dan akan terus beri yang terbaik kepada pendengarnya.
Dengarkan Radio CT F.M hanya di Sini...
Klik Sini>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> SINI
0 comments:
Catat Ulasan