Derma Kilat

Rabu, 11 Julai 2012

Cara Menjaga Kanta Lekap



Mata adalah antara organ terpenting pada tubuh badan manusia. Tanpa mata sukar bagi seseorang untuk melakukan urusan harian mereka. Penjagaan mata harus dititikberatkan oleh semua, terutamanya bagi mereka yang memilih untuk menggunakan kanta lekap sebagai pengganti kepada cermin mata.

Kanta lekap merupakan alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Kanta lekap lembut moden telah direka oleh seorang ahli kimiadari Republik Czech, Otto Wichterle dan pembantunya Drahoslav Lim, yang juga pencipta gel pertama digunakan untuk pengeluaran mereka.

Dianggarkan 125 juta orang telah menggunakan kanta lekap di seluruh dunia (2%), termasuk 28 hingga 38 juta di Amerika Syarikat dan 13 juta di Jepun.

Ramai yang memilih untuk memakai kanta lekap kerana lebih bebas bergerak dan turut dapat melakukan aktiviti lasak tanpa batasan. Ianya lebih ringan melekat di mata berbanding memakai cermin mata.

Namun dalam keselesaan memakai kanta lekap, kita harus fahami cara penjagaan yang betul sebelum memakai kanta lekap.

Basuh tangan sebelum guna
Harus mejadi kebiasaan membasuh tangan dengan sumber air yang bersih disertakan sabun untuk menghalang bakteria dari terus melekat di tangan. Jangan pula selepas membasuh tangan anda menyapu bahan kimia seperti serum rambut, losyen tangan kemudian memakai kanta. Bahan kimia yang ada nanti akan termasuk sekali ketika kita membasuh kanta lekap di tapak tangan. Akibatnya, apabila anda memakai kanta lekap, mata anda anda berasa pedih dan penglihatan menjadi kabur. Seeloknya, keringkan dengan tuala kering.

Ikut arahan doktor
Ikut arahan doktor mengikut jadual pemakaian kanta lekap mengikut jam. Seelok-eloknya, anda hanya dibenarkan memakai kanta lekap pada beberapa waktu yang ditetapkan tidak lebih dari 12 jam sehari. Apabila mata anda terasa sakit dan gatal, seelok-eloknya bukalah kanta lekap anda agar mata tidak akan berterusan sakit.

Sentiasa cuci kanta lekap anda menggunakan air pencuci khas (solution)
Cara penjagaan kanta lekap berbeza mengikut jenis kanta lekap yang dipilih. Apa yang penting, sentiasa cuci bekas kanta lekap setiap hari dengan menggunakan air suam dan lap dahulu.

Jangan guna air paip
Walaupun anda menggunakan air paip yang sudah ditapis, ianya tidak menjamin kebersihan kualiti air tersebut. Pastikan anda membasuh kanta lekap dengan menggunakan air khas untuk kanta lekap.

Buang kanta lekap jika anda merasa pedih apabila guna
Apabila mata anda berasa pedih dan kelihatan kemerah-merahan, buang kanta lekap yang dikhuatiri telah lama digunakan dan mempunyai habuk di dalamnya. Cuci semula dengan air pencuci khas, kemudian pakai semula. Jika masalah berulang kembali, berhenti memakai sehingga menerima penjelasan daripada doktor.

Pakai cermin mata gelap dengan perlindungan UV
Apabila anda memilih untuk memakai kanta lekap, ianya akan menjadi lebih sensitif dengan sinaran cahaya matahari (UV) pastikan ketika anda memandu kereta atau berjalan di tempat terik matahari, pakai kacamata hitam untuk mengelakkan kanta lekap anda rosak.

Sebelum bersolek, wajarlah letakkan kanta lekap dahulu
Seeloknya, letak dahulu kanta lekap di mata sebelum memakai alat solek. Jika anda memakai kanta lekap selepas bersolek, dikhuatiri alat solek akan masuk ke dalam mata dan menyebabka mata pedih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ex-change Blog

Jom Sertai Kami
KakiBLOGGER
Image Hosted by ImageShack.us
Putera Melaka adiWidget Tutorial Blogspot
http://pugah-puguh.blogspot.com/"> Pugah-puguh.blogspot.com
AWAS ADA BOY

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes