Jumaat, Februari 10, 2012
AsTaWaNa Lee
1 comment
Alasan kenapa Orang Meletak ANak Patung Bawah Kereta...
Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan
anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung
bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang
mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi
mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak,
jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh
kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu
meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh mereka yang
mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Firman Allah,
mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat
dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka
baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat
dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah saw
Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk
sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).
Kesimpulannya
janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada
perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah
dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah
mensyirikkan Allah S.W.T..
1 comments:
kat melesia pun ada kan.
Catat Ulasan