Derma Kilat

Isnin, 17 September 2012

TERKINI n TERBARU... Petua Baru MAsuk Hutan..

Assalamualaikum....
Kepada Semua-semua 
followers yang dikasihi
dan kepada Pengunjung-pengunjung
yang tersesat masuk dalam blog Saya..
Saya nak ucapkan Terima KAsih
Bebanyak..

Tanpa anda Semua
TIDAK 
bermakna Blog Saya...

Oklah, Malaz nak mengomel 
bebanyak... mesti korang nak
tahu petua yang 
TERBARU dan TERKINI
tak ada orang yang pernah 
TERBITKAN lagi ENtry ni
di mana-mana blog...

PETUA 
baru untuk
MASUK HUTAN...
KOrang suka ke masuk HUtan??

Pencuri MAya
MEmang suka Gila
masuk HUtan.. nak-nak kalu BerCamping dengan
Kekawan dan Awek!!!!
Fuh..
Terbaik ar..

Korang kenal Buah ini?
--
-
-
-
-
-





ini Adalah BUah Janggus

so? Apa kaitan dengan petua yang nak di kongsi???
dan apa kaitan dengan hutan dan camping???

JAWAPANYA:

1) Kalu korang nak gi MAsuk Hutan, Laut, Lombong, Tasek,Atau mana-mana tempat yang disyaki ada binatang berbisa seperti Kala jengking, ular dan sebagainya..... Petuanya adalah anda simpan 2 BIJI BUAH JANGGUS (BIJI LUAR) yang terkeluar tuh... dalam poket seluar anda... dan insyallah... tidak akan ada binatang berbisa yang akan ganggu anda.... Buktinya... Selepas Tengok NAtional Geo. Kat ASTRO, ada mamat Africa ni nak kena gigit ular Tedung selar... sewaktu berburu, tetapi ULAR tuh x jadi nak patuk dia Sebab BAU getah BUAH JANGGUS ni binatang Berbisa x suka....

2) Kalu anda bercamping dalam hutan dan x suka nak tidor dalam Khemah.... sebab panas atau Sempit atau sebagainya.... pastuh kena tidor luar.. tapi takut kena gigit nyamuk atau digangu binatang berbisa... caranya adalah..... anda buat unggun Api... dan Ambik 2 BIJI BUAH JANGGUS (BIJI LUAR) lempaq dalam unggun api yang anda buat.... PAs tuh akan ada asap yang banyak sebaik saja anda LEmpaq.. disebabkan getah pada biji tuh... dan anda boleh tidor dengan nyeyak... x perlu risau binantang berbisa or nyamuk



Selamat Mencuba...

Isnin, 10 September 2012

X-Klusiff- Dato' Siti Nurhaliza buka Station Radio Sendiri


Radio CTFM - Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza

telah beroperasi sejak 15 Jun 2009, CTFM mempunyai ramai pengikut setia yang mendengar siaran kami sepanjang 24 jam, 365 hari setiap tahun.
Siaran CTFM boleh anda ikuti secara online sahaja atau mendengar menerusi Aplikasi SmartPhones untuk iPhone, Blackberry dan Android (Samsung). Dj Dj pula bersiaran tidak mengikut waktu yang ditetapkan.
Diantara laman sosial milik kami adalah Facebook, Twitter dan Youtube. ​Siti Nurhaliza juga tahu tentang kewujudan radio ini dan menyokong perjalanan radio CTFM ini.
CTFM kerap kali menjadi radio rasmi bagi mengundi Siti Nurhaliza, sebagai contoh adalah Anugerah Bintang Popular Berita Harian & Anugerah Planet Muzik.
Oleh kerana CTFM tidak mempunyai DJ sepenuh masa, nisbah % siaran CTFM adalah 90% dalam keadaan auto dj mode dan 10% menerusi siaran langsung.
​​
BAGAIMANA IA MULA?
​​
Pada awal permulaan radio ini, nama asal sebenar radio CTFM adalah Webcast HDSN yang bermaksud Webcast Hajah Dato Siti Nurhaliza. Ia ditukar kepada CTFM kerana sebutannya ringkas dan ia kena dengan Siti Nurhaliza.
CTFM menggunakan laman web blogger bagi menampung infomasi kepada pendengar, serta menggunakan aplikasi percuma untuk menyiarkan lagu lagu menerusi Flatcast dan Shoutcast (Server Percuma). CTFM kelihatan lebih mantap apabila menggunakan platfom berbayar bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pendengar. ​
Pada awal Februari 2010, Tagline 'Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza' diperkenalkan bagi menguatkan lagi 'tiang' CTFM. Tagline ini amat sesuai digunakan kerana CTFM hanya memutarkan lagu dari Siti Nurhaliza sahaja.
​​
CTFM juga mempunyai ramai pengikut setia. CTFM juga sentiasa dan akan terus beri yang terbaik kepada pendengarnya.

Dengarkan Radio CT F.M hanya di Sini... 
Klik Sini>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> SINI

Isnin, 3 September 2012

PANAS!!! Jumpa Pocong Tepi Semak


3 Orang Bangla Jumpa Pocong Tepi Semak

ALOR GAJAH: Penemuan sekujur ‘mayat’ berbalut kain putih yang terdampar di tepi semak berdekatan jalan di Paya Mengkuang-Kuala Sungai Baru, di sini, mencetuskan suasana gempar terutama bagi tiga sahabat yang sedang memotong rumput di kawasan berkenaan, semalam.

Kejadian disedari jam 11.45 pagi oleh warga Bangladesh dikenali sebagai Mohd Rufiq, 20, bersama dua lagi rakan senegaranya yang sedang berehat di bawah pokok, 10 meter dari tempat kejadian.

Menurut Rufiq, dia yang terkejut melihat bungkusan kain putih berupa ‘pocong’ itu pada awalnya menyangka ia mayat dikafankan dan dibuang ke dalam sungai oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Saya menghampiri bungkusan putih yang kelihatan berdarah dan masih baru dan tidak lama kemudian seorang penyelia sebuah ladang berhampiran tiba di tempat ‘mayat’ itu ditemui,” katanya.

Dia berkata, curiga dengan bungkusan putih itu, mereka menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Pada mulanya, saya mahu membuka ikatan bungkusan itu, tetapi membatalkan niat berkenaan kerana mendapati ada beberapa tompokan seperti darah,” katanya.

Kata Rufiq, dia lega apabila hasil pemeriksaan polis mendapati bungkusan putih itu bukan mayat manusia.

“Bungkusan yang diikat kemas itu turut mengandungi bunga-bungaan serta limau nipis yang dipotong dan dibalut dalam sehelai kain batik serta diikat menyerupai mayat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak negeri, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, ia satu amalan syirik yang masih diguna pakai pihak tertentu.

“Segelintir penganut agama di negara ini berpendapat ia satu ritual menghalau hantu dan membuang sial yang lebih sinonim di kalangan masyarakat Melayu,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Sumber

4 September 2012.... MAsyuk LAgi....

Alhamdulilah.....

Hari ini 9 September 2012...
SAP VENTURE III
saya 
MAsyuk LAgi...
kali ini
RM 7.00 sahaja....

setakat Jam 1.02 Petang

x Sabar nak 
tunggu 
Petang nanti..

Harap-harap berganda la
huhhuh

ni Screen Shot

pengeluaran untuk hari ini.....memang terbaik ar SAP ni... sapa2 yang x join tuh rugi beb!!!!.. klik ja mana-mana link dibawah:...

http://rm30.ibct.my/1087
http://rm30.ibct.my/1086
http://rm30.ibct.my/839

Sedutan Siri komedi Citizen Khan didakwa hina Islam



Stesen televisyen BBC dikecam oleh ramai selepas menyiarkan sebuah siri komedi "Citizen Khan" mengenai keluarga Islam yang didakwa menghina Islam.

Dipetik daripada Mynewshub, siri pertama siri komedi ini disiarkan, BBC telah menerima 200 aduan yang menyifatkan sebagai menghina dan memalukan umat Islam.

Salah satu babak yang membangkitkan kemarahan umat Islam adalah apabila anak perempuan Mr Khan yang bermekap tebal, tiba-tiba berlari ke bilik dan memakai tudung sambil berpura-pura membaca Al-Quran, ketika bapanya masuk rumah.

Siri komedi yang diarahkan Adil Ray itu menerima dikritik kerana banyak mengulangi adegan sterotaip melibatkan keluarga Islam di Britain termasuk masalah ketika mengatur perkahwinan.

Sementara itu, BBC menerusi jurucakapnya memberitahu bahawa watak dalam siri tersebut hanyalah rekaan sebagai watak komedi dan tidak mewakili mana-mana masyarakat.

Rozita Che Wan bakal bernikah November ini?


Pelbagai spekulasi mengenai kisah percintaan dramatis, Rozita Che Wan ini yang tidak pernah putus. Kini pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Cik Ta dikatakan bakal mengakhiri zaman jandanya pada November ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Cik Ta telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri di Johor Baharu.

Mereka dikatakan telah lama berkenalan namun baru-baru ini dia menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga setelah merasakan ahli perniagaan tersebut atau dikenali dengan nama Bob adalah calon yang paling sesuai.

Sebelum ini, ramai pihak mengaitkan Cik Ta mempunyai hubungan istimewa bersama Shahir AF, Zain Saidin, Dato K dan juga Beego namun ternyata dakwaan tersebut adalah rekaan semata-mata dan tidak benar.


PANAS!!!! Sultan Selangor persoal Org Kuat Selangor Sebab jemput Anwar


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.

Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar (gambar) tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.
"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar  yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam  bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.

"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam.

Tambah Najib, Sultan adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan.

Namun tindakan PR itu adalah bukti kepada banyak perkara yang cuba diubah dan dilakukan PR, namun tidak berjaya disebabkan Putrajaya masih lagi di bawah penguasaan BN.
"Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati," katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Munawi untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
"Sejak 2007 program merayakan ambang Merdeka bukan melalui Pejabat Menteri Besar, tapi Pejabat SUK," kata Khalid.

Beliau turut menjelaskan terdapat satu jawatan dalam Pejabat Menteri Besar yang diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan untuk melaksanakan program berkenaan.

"Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang Kemerdekaan ini dilaksanakan pegawai kerajaan yang sudah melakukan perkara itu sejak beberapa tahun lalu.

"Saya sudah empat tahun merayakan Kemerdekaan dan semuanya dilakukan pejabat SUK, saya tidak nampak perbezaan yang berlaku ... Penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK," katanya.

Tambah Khalid, beliau juga akan berjumpa Sultan Sharafuddin setiap Rabu, dan akan bercakap berkenaan perkara berbangkit berkenaan Rabu ini dengan baginda.

Kerajaan PR Selangor telah menerima tekanan daripada pemimpin BN kerana dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda dalam sambutan ambang Kemerdekaan di Shah Alam pada malam Khamis lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ex-change Blog

Jom Sertai Kami
KakiBLOGGER
Image Hosted by ImageShack.us
Putera Melaka adiWidget Tutorial Blogspot
http://pugah-puguh.blogspot.com/"> Pugah-puguh.blogspot.com
AWAS ADA BOY

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes